胎儿双侧肾盂无分离是什么意思| 忌动土是什么意思| 杰克琼斯属于什么档次| 栀子泡水喝有什么功效| 北京为什么叫四九城| 放疗起什么作用| 常吃火龙果有什么好处| 婧五行属什么| 今天吃什么随机| 什么牌子的奶粉最好| 燕窝是什么东西做成的| 尿急尿痛吃什么药| 为什么北方人比南方人高| 空调多少匹什么意思| 金星原名叫什么| 白蛋白偏低是什么意思| 梦见建房子是什么预兆| 火彩是什么| 甲钴胺片是治什么病| 鼻子流黄水是什么原因| 下限是什么意思| 孕妇佩戴什么保胎辟邪| 沟壑是什么意思| 股癣用什么药膏最好| 恶心吃什么药| 为什么同房会痛| 什么检查需要空腹| hcg偏高是什么原因| 什么是类风湿性关节炎| 补丁是什么意思| 三下乡是什么意思| 低密度脂蛋白偏高吃什么药| 亚甲炎吃什么药效果好| 马瘦毛长是什么意思| 后背刺痛什么原因引起的| 中位数是什么意思| 小孩睡觉流口水是什么原因| 做肠镜要做什么准备| 苏铁属于什么植物| 摘胆对身体有什么影响| 为什么会梦魇| 梦见家里办丧事是什么预兆| 九浅一深什么意思| 胆囊壁胆固醇结晶是什么意思| 假性近视是什么意思| 紫玫瑰代表什么意思| 什么运动长高最快| 浅褐色是什么颜色| 嘴巴像什么| 乌龟下蛋预示着什么| 一般细菌培养及鉴定是检查什么| 肺型p波是什么意思| 医生为什么会建议竖切| 脸上过敏是什么症状| 哀恸是什么意思| 护发素什么牌子好| 发动机抖动是什么原因| 飘飘然是什么意思| 朱顶红什么时候开花| 为什么经常流鼻血| 野兽之王是什么动物| 京东白条什么时候还款| 双子座和什么座最配对| ck医学上是什么意思| cup什么意思| 眼睛斜视是什么原因| 进去是什么感觉| maxco是什么牌子| 南瓜长什么样子的图片| plus是什么意思| 吃一个海参相当于吃了什么| 身体有湿气有什么症状| 梦见割草是什么意思| 嗓子痒是什么原因| 春雨绵绵是什么生肖| 爱奇艺积分有什么用| 什么叫瑕疵| 人头什么动| iu是什么意思| 二月十号是什么星座| 水痘长什么样子的图片| 你为什么背着我爱别人| 西梅什么时候成熟| 吊什么意思| 血光之灾是什么意思| 草龟吃什么| 指甲疼是什么原因| 调理内分泌失调吃什么药效果好| 怀孕吃火龙果对胎儿有什么好| 68岁属什么| 胎盘低置是什么原因造成的| mk包包属于什么档次| 干呕是什么原因| 纹身有什么讲究和忌讳| 高中生物学什么| 胃疼适合吃什么食物| 鸡蛋炒什么菜谱大全| 侯赛因是什么意思| 败血症是什么病| 为什么不建议切除脂肪瘤| 维生素b6吃多了有什么副作用| 花椒什么时候成熟| 脸红是什么大病的前兆| 羊水偏多是什么原因| 薤白是什么东西| 鸡汤用什么鸡| 重阳节的习俗是什么| 鸟衣念什么| 区长是什么级别的干部| 胸腔疼痛是什么原因| 三湖慈鲷可以和什么鱼混养| 鱼缸什么材质的好| 小孩爱吃手指头是什么原因| 脑梗挂什么科| 周岁是什么意思| 辛弃疾字什么号什么| 外痔用什么药可以消除| 大圈是什么意思| 外甥和舅舅是什么关系| 做蹲起有什么好处| 牙齿为什么会掉| 规培生是什么意思| 右耳朵发热代表什么预兆| 肌肉萎缩吃什么药| cml是什么意思| 发烧41度是什么概念| 一什么花瓶| 尿频去药店买什么药| 咽喉炎吃什么药| 六月初三是什么日子| 吃什么东西会误测怀孕| 肝脾不和吃什么中成药| 骑马挥杆是什么牌子| 乡镇镇长什么级别| 什么的花灯| 农历7月21日是什么星座| 湿疹是什么样的| 拉屎臭是什么原因| 插管意味着什么| 用眼过度用什么眼药水| 狗上皮过敏是什么意思| 什么饼干养胃最好| 手指爆皮是什么原因| 汗脚是什么原因引起的| 缢死是什么意思| 甲状腺结节什么原因引起的| 牙龈上火是什么原因引起的| 1997年是什么命| 一级军士长什么级别| 无缘无故头疼是什么原因| 吃什么不长肉还能瘦| 喘是什么意思| 菩提手串有什么寓意| 什么时候洗头是最佳时间| 1948年中国发生了什么| nba下个赛季什么时候开始| 9月14号是什么星座| 孙耀威为什么被雪藏| 头痛反胃想吐什么原因| 下腹痛挂什么科| 做什么生意最赚钱| 什么毛什么血| 戒指戴无名指是什么意思| 清末民初是什么时候| 为什么手脚冰凉还出汗| 酒后吐吃什么可以缓解| 下巴长硬包是什么原因| 多宝鱼是什么鱼| 什么是备孕| 康复治疗学是做什么的| 月经来了一点就没了是什么原因| 一九四九年属什么生肖| conch是什么牌子| 小儿湿疹是什么原因造成的| 冬瓜什么季节吃最好| 碘伏什么颜色| 咳嗽吃什么好的快| 什么是什么| 查甲状腺挂什么科| 暖气是什么症状| 天衣无缝什么意思| 四月二十九是什么星座| 吃什么能提高性功能| 8月是什么月| 乙肝有什么症状| 刘备和刘表什么关系| 6月底是什么星座| 疯狂动物城狐狸叫什么| 驻马店有什么大学| 浪荡闲游是什么生肖| 征候是什么意思| 手机买什么好| 短pr间期是什么意思| 红色裤子搭配什么颜色上衣| 淋巴挂什么科室| 长命百岁是什么意思| 爱拍马屁的动物是什么生肖| 维生素b族有什么用| 咽炎吃什么药效果好| 须发早白吃什么中成药| 什么的水花| 蟑螂长什么样| 苦瓜炒什么好吃| 妇科和妇产科有什么区别| 过敏吃什么| 梦见网鱼是什么征兆| 肺结核传染途径是什么| 肝低回声结节是什么意思| 无穷是什么意思| 毛遂自荐什么意思| 得了便宜还卖乖是什么意思| 已读不回是什么意思| 甲减的原因是什么引起的| 神灵是什么意思| 彩棉是什么面料| 预检是什么意思| 试管进周期是什么意思| 玻璃心是什么意思| 四物汤什么时候喝| 丸美属于什么档次| dmdm乙内酰脲是什么| ags是什么意思| 纺织厂是做什么的| 忠于自己是什么意思| 为什么感冒会流眼泪| 老人高烧不退是什么原因| 直系亲属为什么不能输血| 雄黄是什么东西| 六块钱的麻辣烫是什么意思| 马齿苋不能和什么一起吃| 羊肉什么季节吃最好| 心与什么相表里| 脚脖子抽筋是什么原因| 细菌性肺炎吃什么药| 喝蒲公英根有什么好处| 醒酒喝什么| 为什么下巴经常长痘痘| 天蝎男喜欢什么样的女生| 一什么石子| 男生喉结不明显是为什么| 天道好轮回什么意思| 肝的反射区在什么部位| 女人眼角有痣代表什么| 为什么牙齿会发黑| 尿潜血是什么病| 导乐是什么意思| mc是什么意思啊| 傻瓜是什么意思| 右肺小结节是什么意思| 百合长什么样子| bso是什么意思| 吃什么对胃好养胃| 舌头尖麻木是什么原因| 梓是什么意思| 解酒吃什么| 芸字五行属什么| 玩微博的都是什么人| 这是什么地方| 肚子疼应该挂什么科| 胰腺不好吃什么食物好| 肝火旺喝什么药| 药材种植什么最赚钱| 86年是属什么的| 小鱼缸适合养什么鱼| 百度Pergi ke kandungan

Former Catalan leader Puigdemont arrested in Germany

Koordinat: 35°41′N 139°46′E / 35.683°N 139.767°E / 35.683; 139.767
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tokyo
東京
東京都 · Metropolis Tokyo
?????????? ?????
From top left: Shinjuku, Menara Tokyo, Jambatan Pelangi, Shibuya, Bangunan Diet Kebangsaan
Kedudukan Tokyo di Jepun
Kedudukan Tokyo di Jepun
Negara Jepun
KawasanKantō
PulauHonshū
Pembahagian23 wad khas, 26 bandaraya, 1 daerah, & 4 subprefektur
Pentadbiran
 ? JenisMetropolis
 ? GabenorYuriko Koike
 ? Ibu kotaShinjuku 
Keluasan
(ked. ke-45)
 ? Jumlah2,187.08 km2 (844.44 batu persegi)
Aras
40 m (130 ft)
Penduduk
 (#1)[1]
 ? Jumlah13,839,910
 ? Kepadatan6,224.66/km2 (16,121.8/batu persegi)
 ? 23 wad
8,653,000
 (September 2018)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
ISO 3166-2
JP-13
BungaBunga ceri Somei-Yoshino
PokokGinkgo (Ginkgo biloba)
BirdBurung Camar Berkepala Hitam (Larus ridibundus)
Laman sesawangmetro.tokyo.jp(Inggeris)
百度 据说,估值超过100亿美元规模的独角兽就是超级独角兽企业了。

Tokyo (東京, Tōkyō, "Ibu Kota Timur"), secara rasminya Metropolis Tokyo (東京都, Tōkyō-to),[2] ialah salah satu daripada 47 pembahagian utama (prefektur) Jepun, yang terletak di bahagian timur pulau utama Honshū, dan merangkumi Kepulauan Izu dan Kepulauan Ogasawara. Metropolis Tokyo terbentuk pada tahun 1943 hasil penggabungan bekas Prefektur Tokyo (Tokyo-fu) dan bandaraya Tokyo. Kerajaan Metropolitan Tokyo mentadbir kesemua 23 wad khas di Tokyo, setiap satunya ditadbira sebagai bandaraya yang meliputi kawasan bekas bandaraya Tokyo dan juga 39 kawasan perbandaran di bahagian barat prefektur dan dua kepulauan luar. Walaupun bukan bandaraya dari segi alasan-alasan teknik, Tokyo dianggap sebagai ibu negara dan bandaraya terbesar di Jepun.

Jumlah penduduk kesemua wad khas adalah lebih 8 juta orang, manakala jumlah keseluruhan penduduk prefektur Tokyo mencecah 12 juta. Wilayah ini merupakan pusat Tokyo Raya, iaitu kawasan metropolitan yang teramai penduduk di dunia dengan sejumlah 35–39 juta orang serta ekonomi metropolitan terbesar di dunia dengan KDNK bernilai US$1.479 trilion mengikut pariti kuasa beli pada tahun 2008.[3]

Tokyo disifatkan oleh Saskia Sassen sebagai satu daripada tiga "pusat pemerintahan" ekonomi dunia, di samping Bandaraya New York dan London.[4] Bandaraya ini dianggap sebagai sebuah bandaraya sedunia alpha+, disenaraikan oleh inventori GaWC 2008[5] serta menduduki kedudukan keempat di kalangan bandaraya global oleh Indeks Bandaraya Global Foreign Policy pada tahun 2008.

Tokyo merupakan pusat kerajaan Jepun dan Istana Diraja, dan juga tempat bersemayam Wangsa Diraja Jepun.

Tokugawa Ieyasu

Tokyo asalnya merupakan perkampungan perikanan kecil yang bernama Edo. Pada tahun 1457, ōta Dōkan membina Istana Edo. Pada tahun 1590, Tokugawa Ieyasu berpangkalan di Edo, dan sebaik sahaja menjadi shogun pada tahun 1603, bandar ini menjadi pusat pentadbiran tenteranya untuk seluruh negara. Pada zaman Edo, Edo menjadi salah sebuah bandaraya terbesar di dunia dengan jumlah penduduk mencapai sejuta orang menjelang abad ke-18.[6]

Edo menjadi ibu negara de facto di Jepun[7] sungguhpun maharaja bersemayam di Kyoto, ibu kota diraja. Selepas kira-kira 263 tahun, kerajaan shogun digulingkan di bawah bendera pemulihan pemerintahan maharaja. Pada tahun 1869, ketika Maharaja Meiji pindah ke Edo pada usia 17 tahun, Tokyo sudah menjadi pusat politik dan kebudayaan negara,[8] kemudian dijadikan ibu kota diraja de facto oleh istana di samping bekas Istana Edo menjadi Istana Diraja. Bandaraya Tokyo ditubuhkan lalu kekal sebagai ibu negara sehingga taraf perbandarannya dimansuhkan pada tahun 1943 untuk digabungkan dengan "Wilayah Metropolitan" Tokyo.

Malangnya, Tokyo mengalami dua malapetaka hebat pada abad ke-20, tetapi mujurlah ia sempat pulih daripada kedua-duanya. Yang pertama ialah gempa bumi besar Kantō 1923 yang menyebabkan 140,000 penduduk maut atau hilang,[9] dan yang kedua ialah Perang Dunia Kedua, ketika Tokyo dibedil bertubi-tubi pada tahun 1944 dan 1945, menyebabkan 75,000 hingga 200,000 orang terbunuh dan separuh bandaraya musnah, lebih kurang sedahsyat jumlah kesan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.[10]

Selepas perang, Tokyo dibina semula sepenuhnya, dan berkilauan di mata dunia ketika Sukan Olimpik Tokyo 1964. Zaman 1970-an menyaksikan pembangunan bertingkat tinggi seperti Sunshine 60, pembinaan lapangan terbang baru yang berkontroversi[11] di Narita (yang agak jauh dari sempadan bandaraya) pada tahun 1978, dan jumlah penduduk meningkat kepada kira-kira 11 juta (dalam lingkungan kawasan metropolitan).

Rangkaian kereta api bawah tanah dan komuter Tokyo menjadi antara yang tersibuk di dunia[12] kerana semakin ramai orang yang berpindah ke kawasan Tokyo. Pada 1980-an, harga harta tanah melangit dalam gelembung hartanah dan hutang. Setelah gelembung itu meletup pada 1990-an, banyak syarikat, bank, dan orang ramai didapati berhutang gadai janji di sebalik kejatuhan nilai harta tanah, sehingga disusuli kemelesetan besar yang menjadikan 1990-an sebagai "sedekad hilang" di Jepun[13], tetapi kemudian beransur-ansur pulih.

Projek penebusgunaan tanah di Tokyo juga berterusan selama berabad-abad lamanya, terutamanya di kawasan Odaiba yang dijadikan kawasan beli-belah dan hiburan utama.

Geografi dan bahagian pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Carta iklim untuk Tokyo
JFMAMJJOSOND
 
 
49
 
10
2
 
 
60
 
10
2
 
 
115
 
13
5
 
 
130
 
18
11
 
 
128
 
23
15
 
 
165
 
25
19
 
 
162
 
29
23
 
 
165
 
31
24
 
 
209
 
27
21
 
 
163
 
22
15
 
 
93
 
17
10
 
 
40
 
12
5
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: JMA
Penukaran imperial
JFMAMJJOSOND
 
 
1.9
 
50
36
 
 
2.4
 
50
36
 
 
4.5
 
55
41
 
 
5.1
 
65
51
 
 
5
 
73
59
 
 
6.5
 
77
66
 
 
6.4
 
84
73
 
 
6.5
 
87
76
 
 
8.2
 
80
69
 
 
6.4
 
71
59
 
 
3.6
 
62
49
 
 
1.6
 
54
40
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci

Bahagian tanah besar Tokyo berada di barat laut Teluk Tokyo dan jaraknya kira-kira 90 km timur ke barat dan 25 km utara ke selatan. Metropolis Tokyo bersempadan dengan wilayah Chiba di timur, wilayah Yamanashi di barat, wilayah Kanagawa di selatan, dan wilayah Saitama di utara. Tanah besar Tokyo dibahagikan kepada wad-wad khas (yang menduduki bahagian timur) dan kawasan Tama yang memanjang ke arah barat.

Juga dalam sempadan pentadbiran Tokyo Metropolis adalah dua gugusan pulau di Lautan Pasifik secara langsung selatan: Kepulauan Izu, dan Kepulauan Ogasawara, yang memanjang lebih 1,000 km jauhnya dari tanah besar Jepun. Disebabkan wujudnya pulau-pulau ini dan kawasan-kawasan pergunungan di barat, angka kepadatan penduduk keseluruhan Tokyo jauh rendah berbanding angka sebenar untuk kawasan bandar dan pinggir bandar Tokyo.

Mengikut undang-undang Jepun, Tokyo ditentukan sebagai sebuah to (), atau terjemahannya metropolis.[14] Struktur pentadbirannya serupa dengan wilayah-wilayah lain di Jepun. Di dalam Tokyo terletaknya berpuluh-puluh entiti yang lebih kecil yang sering dianggap sebagai bandaraya, termasuk 23 wad khas ( -ku) yang pernah membentuk Bandaraya Tokyo sehingga tahun 1943, tetapi kini merupakan kawasan perbandaran yang berasingan dan berkerajaan sendiri, setiap satunya ditadbir oleh datuk bandar dan majlis, serta memegang taraf bandaraya.

Selain 23 perbandaran tersebut, Tokyo juga merangkumi 26 lagi bandaraya ( -shi), lima bandar ( -chō atau machi), dan lapan kampung ( -son atau -mura), setiap satunya ditadbir oleh kerajaan tempatan. Kerajaan Metropolitan Tokyo diketuai oleh seorang gabenor dan perhimpunan metropolitan undian awam. Ibu pejabatnya terletak di daerah Shinjuku. Kerajaan Metropolitan mentadbir seluruh wilayah metropolis Tokyo, termasuk, sungai, empangan, ladang, pulau terpencil, dan taman negara selain belantara neon, pencakar langit dan keretapi bawah tanah di bandaraya.

Wad-wad khas (特別区, tokubetsu-ku) di Tokyo pernah merangkumkan kawasan yang dahulunya diperbadankan sebagai Bandaraya Tokyo. Pada 1 Julai 1943, Bandaraya Tokyo digabungkan dengan Wilayah (Prefektur) Tokyo (東京府, Tōkyō-fu) untuk membentuk "wilayah metropolitan" masa kini. Hasilnya, berbeza dengan wad-wad bandaraya lain di Jepun, wad-wad khas di Tokyo ini bukan sebahagian bandaraya berperbadanan yang lebih besar. Setiap wad ialah sebuah kawasan perbandaran dengan datuk bandar dan perhimpunan terpilih sama seperti bandaraya lain di Jepun. Wad-wad ini berlainan dari bandaraya lain kerana hubungan pentadbiran yang unik bersama kerajaan wilayah. Fungsi-fungsi perbandaran tertentu seperti kerja air, pembetungan, dan bomba, diuruskan oleh Kerajaan Metropolitan Tokyo. Untuk membayar kos pentadbiran tambahan, kerajaan wilayah mengutip cukai perbandaran yang biasanya dikenakan oleh kerajaan wad.[15]

Wilayah Tokyo mempunyai 23 wad khas yang terdiri dari:

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Penduduk asing di Tokyo Nombor (2024)[16]
 Republik Rakyat China 272,328
Korea Selatan 87,808
 Vietnam 50,301
   Nepal 43,148
 Filipina 36,948
 Myanmar 24,800
 Taiwan 23,438
 Amerika Syarikat 22,007
 India 19,290
 Indonesia 11,215
 Thailand 9,103
 Perancis 7,991
 United Kingdom 7,307
 Bangladesh 7,239
 Mongolia 5,233
Kependudukan Tokyo[17]
Mengikut kawasan1

Tokyo
Wad khas
Kawasan Tama
Pulau

12.79 juta
8.653 juta
4.109 juta
28,000

Mengikut umur2

Juvenil (umur 0-14)
Bekerja (umur 15-64)
Bersara (umur 65+)

1.461 juta (11.8%)
8.546 juta (69.3%)
2.332 juta (18.9%)

Mengikut jam3

Siang
Malam

14.978 juta
12.416 juta

Mengikut kewarganegaraan

Penduduk asing

353,8264

1 Anggaran seperti pada Oktober 1, 2007.

2 seperti pada Januari 1, 2007.

3 seperti pada 2005 National Census.

4 seperti pada Januari 1, 2005.

Seperti pada Oktober 2007, dianggarkan 12.79 juta orang tinggal di Tokyo dengan 8.653 juta hidup dalam 23 daerah Tokyo.[17] Semasa siang hari, jumlah penduduk bertambah hampir 2.5 juta kerana pekerja dan pelajar berulang-alik dari kawasan bersebelahan. Kesan ini juga adalah lebih jelas dalam tiga daerah tengah Chiyoda, Chūō, dan Minato, pengkolektifan penduduk seperti pada 2005 National Census adalah 326,000 waktu malam, tetapi 2.4 juta semasa siang.[17]

Seperti pada 2005, bangsa-bangsa asing paling biasa didapati di Tokyo adalah orang Cina (123,661), Korea Selatan (106,697), Korea Utara (62,000) Filipina (31,077), Amerika (18,848), British (7,696), Brazil (5,300) & Perancis (3,000).[18]

Bank Jepun
Bursa Saham Tokyo, kedua terbesar dalam dunia mengikut modal pasaran

Tokyo merupakan satu daripada tiga "pusat arahan" kewangan dunia, bersama dengan New York dan London. Tokyo adalah ekonomi metropolitan terbesar di dunia. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh PricewaterhouseCoopers, kawasan bandar Tokyo (35.2 juta penduduk) mempunyai sejumlah KDNK US$1.191 trilion pada 2005 (pada pariti kuasa beli), kedudukan sekali lagi sebagai bandar terbesar pengaglomeratan KDNK di dunia.[19] Seperti pada 2008, 47 syarikat yang tersenarai dalam Global 500 adalah berpangkalan di Tokyo, hampir dua kali ganda bagi bandar raya tempat ketiga (Paris).[20]

Tokyo merupakan sebuah pusat kewangan antarabangsa utama,[21] menempatkan beberapa ibu pejabat terbesar dunia syarikat-syarikat bank pelaburan dan insurans, dan berfungsi sebagai satu hab untuk industri-industri pengangkutan, penerbitan, dan penyiaran Jepun.

Tokyo dinilai oleh Unit Risikan Ekonomi sebagai (kos sara hidup tertinggi) bandar raya paling mahal di dunia selama 14 tahun berturut yang berakhir pada 2006.[22] Analisis ini merupakan untuk kehidupan eksekutif syarikat gaya hidup Barat, dengan barang-barang seperti sebuah rumah dan beberapa kereta.

Tokyo Stock Exchange ialah bursa saham terbesar Jepun, dan kedua terbesar dalam dunia mengikut modal pasaran dan keempat terbesar mengikut perolehan saham. Pada 1990 di akhir bagi gelembung harga aset Jepun, ia mengandungi lebih daripada 60% daripada nilai pasaran saham dunia.[23]

Tokyo mempunyai 8,460 ha (20,900 ekar) tanah pertanian seperti pada 2003,[24] menurut Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, meletakkan ia terakhir antara wilayah negara. Tanah ladang tertumpu di Tokyo Barat. Makanan mudah rosak seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan bunga-bunga boleh dengan mudah dihantar ke pasaran-pasaran di wilayah timur. Daun bayam Jepun dan bayam adalah sayur-sayuran maha penting; seperti pada 2000, Tokyo membekalkan 32.5% daripada daun bayam Jepun dijual di pusat pasaran keluaran taninya.

Teluk Tokyo adalah dahulu sumber utama ikan. Pada masa ini, kebanyakan daripada pengeluaran ikan Tokyo datang daripada kepulauan luar, seperti Izu ōShima dan Hachijōjima. Skijack tuna, nori, dan aji adalah antara produk lautan.

Pelancongan di Tokyo adalah juga satu penyumbang kepada ekonomi.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]
Peta sistem tren bawah tanah Tokyo

Sebagai pusat Kawasan Tokyo Raya, Tokyo merupakan pusat pengangkutan keretapi, darat dan udara domestik dan antarabangsa di Jepun. Pengangkutan awam di dalam Tokyo dikuasai oleh rangkaian tren dan laluan bawah tanah meluas yang "bersih dan cekap"[25] dan dikendali oleh pelbagai syarikat, dengan bas, monorel dan trem sebagai alat penghantar sekunder.

Di dalam ōta, salah satu daripada 23 wad khas di Tokyo, Lapangan Terbang Haneda ("Tokyo") mengetengahkan penerbangan domestik. Di luar Tokyo, Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, di Wilayah Chiba merupakan gerbang utama untuk pelancong antarabangsa ke Jepun. Syarikat-syarikat penerbangan Japan Airlines, All Nippon Airways, Air Japan dan Delta Air Lines semuanya menjadikan Narita sebagai hab penerbangan.

Sesetengah pulau dalam tadbiran Tokyo juga ada lapangan terbang sendiri. Hachijōjima (Lapangan Terbang Hachijojima), Miyakejima (Lapangan Terbang Miyakejima), dan Izu ōshima (Lapangan Terbang Oshima) juga menyediakan perkhidmatan untuk ke LTA Tokyo dan lapangan-lapangan terbang yang lain.

Tren merupakan kaedah pengangkutan utama di Tokyo yang mempunyai rangkaian rel bawah tanah yang paling menyeluruh di dunia dan juga rangkaian landasan atas tanah yang sama besarnya. JR East mengendali rangkaian rel terbesar di Tokyo, termasuk landasan gelung Aliran Yamanote yang mengitari tengah-tengah pusat bandar Tokyo. Rangkaian bawah tanah dikendali oleh dua pertubuhan berasingan, iaitu Tokyo Metro milik swasta dan Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo kendalian kerajaan. Kerajaan metropolitan dan pengusaha swasta bersama-sama mengendali laluan bas. Perkhidmatan setempat, serantau dan seluruh negara juga tersedia, dengan terminal-terminal utama di stesen-stesen keretapi besar termasuk Tokyo, Shinagawa, dan Shinjuku.

Lebuh raya menghubungkan ibu negara dengan tempat-tempat lain di kawasan Tokyo Raya, kawasan Kantō, dan pulau-pulau Kyūshū dan Shikoku.

Antara kaedah pengangkutan lain termasuk teksi yang beroperasi di wad-wad khas, bandaraya dan bandar-bandar, dan juga feri perjalanan jauh yang berkhidmat di pulau-pulau Tokyo untuk mengangkut penumpang dan barangan ke pelabuhan domestik dan antarabangsa.

Muzium Negara Tokyo, Ueno
Tokyo Dome, stadium bagi Yomiuri Giants

Tokyo mempunyai banyak muzium. Di Taman Ueno ada empat muzium kebangsaan: Muzium Negara Tokyo, muzium terbesar di negara yang khusus untuk seni tradisional orang Jepun; Muzium Negara Seni Barat; dan Muzium Negara Tokyo Seni Moden, dengan koleksi-koleksi seni moden Jepun serta lebih 40,000 filem-filem Jepun dan asing.[26] Juga di Ueno Park adalah Muzium Sains Negara dan taman haiwan awam. Antara muzium-muzium lain termasuk Muzium Seni Nezu di Aoyama; Muzium Edo-Tokyo di Sumida yang merentasi Sungai Sumida dari pusat Tokyo; dan Perpustakaan Diet Negara, Arkib Negara, dan Muzium Negara Seni Moden, yang bertempat berhampiran Istana Agong.

Di Tokyo juga ada banyak teater lakon pentas, termasuk teater milik negara dan swasta untuk drama Jepun, baik tradisional (seperti noh dan kabuki) mahupun moden. Orkestra simfoni dan bermacam-macam pertubuhan muzik mendendangkan muzik moden dan tradisional di sini. Tokyo juga menjadi tuan rumah kepada acara muzik pop dan rock Jepun dan antarabangsa di tempat-tempat sekecil kelab malam sehingga sebesar arena terkemuka antarabangsa seperti Nippon Budokan.

Di seluruh Tokyo juga diadakan beraneka perayaan sepanjang tahun. Antara acara-acara utamanya termasuk perayaan Sannō di Kuil Hie, Sanja dan Kuil Asakusa, dan Perayaan Kanda dwitahunan. Perayaan Kanda mengetengahkan perarakan kereta berhias dan ribuan orang yang menyambutnya. Pada hari Sabtu terakhir setiap bulan Julai, pertunjukan bunga api besar-besaran di atas Sungai Sumida menarik lebih sejuta penonton. Apabila bunga sakura berkembang pada musim bunga, penduduk Tokyo berkumpul ramai-ramai di Taman Ueno, Taman Inokashira, dan Kebun Negara Shinjuku Gyoen untuk berkelah di bawah pokok bunga itu.

Harajuku, sebuah kawasan di Shibuya, terkenal di mata dunia kerana gaya dan fesyen belianya.[27]

Masakan di Tokyo terpuji di seluruh dunia. Pada November 2007, Michelin mengeluarkan panduan untuk kedai makan terunggul di Tokyo yang meraih sejumlah 191 bintang, iaitu dua kali yang diraih oleh pesaing terdekatnya, Paris. Lapan tempat makan dikurniakan anugerah tertinggi tiga bintang (Paris ada 10), manakala 25 lagi menerima dua bintang, dan 117 lagi mendapat satu bintang. Di kalangan lapan kedai makan terunggul itu, tiga buah menghidangkan masakan Jepun tradisional, dua lagi adalah kedai sushi dan tiga yang selebihnya adalah restoran masakan Perancis.[28]

Tokyo Dome, stadium sendiri Yomiuri Giants
Arena gusti sumo Ryōgoku Kokugikan

Tokyo merupakan pangkalan kepada dua kelab besbol profesional, iaitu Yomiuri Giants yang bertapak di Tokyo Dome dan Tokyo Yakult Swallows di Stadium Meiji-Jingu.

Persatuan Sumo Jepun juga beribu pejabat di Tokyo, iaitu di arena sumo Ryōgoku Kokugikan di mana tiga kejohanan sumo rasmi dianjurkan tiga kali setahun (pada bulan Januari, Mei, dan September). Kelab bola sepak di Tokyo pula termasuk F.C. Tokyo dan Tokyo Verdy 1969, kedua-duanya bermain di Stadium Ajinomoto di Chōfu.

Tokyo menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik Musim Panas 1964. Stadium Olimpik Tokyo juga dijadikan tempat penganjuran berbilang acara sukan antarabangsa. Dengan begitu banyak tempat sukan bertaraf dunia, Tokyo turut menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti tenis, renang, maraton, pameran bola sepak Amerika, judo, karate, dan sebagainya. Gimnasium Metropolitan Tokyo di Sendagaya, Shibuya, merupakan sebuah kompleks sukan besar yang berisi kolam renang, bilik latihan, dan arena tertutup yang luas.

Landskap bandar raya

[sunting | sunting sumber]
Pandangan panorama Shinjuku dan Gunung Fuji.
Pandangan panorama Istana Diraja Tokyo yang diambil di Marunouchi.
Pokok Sakura di Istana Diraja Tokyo.

Bandar berkembar

[sunting | sunting sumber]

Tokyo mempunyai sebelas bandar berkembar. [29]

Tambahan lagi, Tokyo mempunyai satu perjanjian "perkongsian" dengan London, United Kingdom.[29]

  1. ^ 東京都の人口(推計)– Population of Tokyo (estimate). Tokyo Metropolitan Government Bureau of Statistics Department. Diarkibkan daripada yang asal pada October 2, 2018. Dicapai pada October 22, 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Geography of Tokyo". Tokyo Metropolitan Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-14. Dicapai pada 2025-08-14.
  3. ^ "Global city GDP rankings 2008-2025". Pricewaterhouse Coopers. Dicapai pada 27 November 2009.
  4. ^ Sassen, Saskia (2001). The Global City: New York, London, Tokyo (ed. 2nd). Princeton University Press. ISBN 0691070636.
  5. ^ GaWC - The World According to GaWC 2008
  6. ^ McClain, James (1994). Edo and Paris: Urban Life and the State in the Early Modern Era. Cornell University Press. m/s. 13. ISBN 080148183X.
  7. ^ Sorensen, Andre (2004). The Making of Urban Japan: Cities and Planning from Edo to the Twenty First Century. RoutledgeCurzon. m/s. 16. ISBN 0415354226.
  8. ^ "History of Tokyo". Tokyo Metropolitan Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-14. Dicapai pada 2025-08-14.
  9. ^ Tokyo-Yokohama earthquake of 1923. Britannica Online Encyclopedia.
  10. ^ Tipton, Elise K. (2002). Modern Japan: A Social and Political History. Routledge. m/s. 141.
  11. ^ "Tokyo Narita International Airport (NRT) Airport Information (Tokyo, Japan)". Dicapai pada 11 September 2008.
  12. ^ "Rail Transport in The World's Major Cities" (PDF). Japan Railway and Transport Review. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2025-08-14. Dicapai pada 2025-08-14.
  13. ^ Saxonhouse, Gary R. (ed.) (2004). Japan's Lost Decade: Origins, Consequences and Prospects for Recovery. Blackwell Publishing Limited. ISBN 1405119179. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link)
  14. ^ "Local Government in Japan" (PDF). Council of Local Authorities for International Relations. m/s. 8. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2025-08-14. Dicapai pada 2025-08-14.
  15. ^ The Structure of the Tokyo Metropolitan Government Diarkibkan 2025-08-14 di WebCite (Tokyo government webpage)
  16. ^ "2024年在留外国人統計(旧登録外国人統計)" (dalam bahasa Jepun). e-stat.go.jp. Dicapai pada 2025-08-14.
  17. ^ a b c "Population of Tokyo". Tokyo Metropolitan Government. Dicapai pada 2025-08-14.
  18. ^ "Tokyo Statistical Yearbook 2005, Population". Bureau of General Affairs, Tokyo Metropolitan Government. Dicapai pada 2025-08-14.
  19. ^ PriceWaterhouseCoopers, "UK Economic Outlook, March 2007", page 5. ""Table 1.2 – Top 30 urban agglomeration GDP rankings in 2005 and illustrative projections to 2020 (using UN definitions and population estimates)"" (PDF). Dicapai pada 2025-08-14.
  20. ^ "Global 500 Our annual ranking of the world's largest corporationns". CNNMoney.com. Dicapai pada 2025-08-14.
  21. ^ "Financial Centres, All shapes and sizes". The Economist. Dicapai pada 2025-08-14.
  22. ^ "Oslo is world's most expensive city: survey". Reuters. January 31, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-14. Dicapai pada February 1. Check date values in: |accessdate= (bantuan) (inactive).
  23. ^ "Tokyo stock exchange". Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-14. Dicapai pada 2025-08-14.
  24. ^ Horticulture Statistics Team, Production Statistics Division, Statistics and Information Department, Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries (July 15, 2003). "Statistics on Cultivated Land Area" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2025-08-14. Dicapai pada 2025-08-14.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  25. ^ "A Country Study: Japan". The Library of Congress. m/s. Chapter 2, Neighborhoods. Dicapai pada 2025-08-14.
  26. ^ "National Cultural Facilities" (PDF). The Agency for Cultural Affairs. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2025-08-14. Dicapai pada 2025-08-14.
  27. ^ (2025-08-14). "Rebels on the Bridge: Subversion, Style, and the New Subculture" (Flash). Self-published (Scribd). Dicapai pada 2025-08-14.
  28. ^ "Tokyo 'top city for good eating'". BBC NEWS. 20 November 2007. Dicapai pada 2025-08-14.
  29. ^ a b "Sister Cities (States) of Tokyo - Tokyo Metropolitan Government". Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-08-14. Dicapai pada 2025-08-14.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
猴子下山的故事告诉我们什么 派石项链有什么功效 什么的夜晚 子宫肌瘤是什么原因引起的 12月出生是什么星座
0r是什么意思 lam是什么意思 海参吃了有什么好处 糖醋里脊是什么肉做的 大熊猫吃什么
青蛙吃什么东西 骨穿刺主要检查什么病 农历六月初四是什么日子 夏天吃羊肉有什么好处 t2是什么意思
下午6点半是什么时辰 巨蟹座和什么星座最配 有氧运动是指什么 刹是什么意思 7月份是什么季节
起大运是什么意思hcv8jop2ns9r.cn 芙蓉花长什么样hcv9jop5ns8r.cn 梦见已故朋友什么预兆hcv9jop1ns0r.cn 依波手表什么档次hcv9jop3ns9r.cn 吃什么能养肝护肝cj623037.com
胆红素高吃什么食物能降得快hcv9jop4ns6r.cn 冲管什么意思hcv7jop9ns6r.cn 初级会计考什么科目hcv9jop1ns3r.cn 杜蕾斯是什么hcv7jop9ns4r.cn e抗原阳性是什么意思zsyouku.com
排湿气最快的方法吃什么sanhestory.com 刷单是什么意思hcv8jop7ns9r.cn 今日是什么生肖日96micro.com bambi什么意思cj623037.com 胃疼买什么药kuyehao.com
efw是胎儿的什么意思hcv7jop5ns5r.cn 什么时候最热hcv8jop7ns6r.cn 脚痛是什么原因hcv7jop5ns1r.cn 蛇和什么属相最配hcv8jop7ns3r.cn 挖矿是什么hcv8jop6ns6r.cn
百度